Ahad, 27 Januari 2019

Novel kejam pertama saya.


Prolog
Instagram merupakan tempat berkongsi gambar-gambar indah yang tertangkap oleh lensa kamera. Setiap sudut gambar yang diambil berbeza-beza mengikut perspektif setiap fotografer. Sudut yang tepat menghasilkan gambar yang padat dengan makna, yang mampu menarik minat. Namun, bagaimana jika gambar yang diambil dan dikongsi tidak disukai sesetengah orang?
            “Gemuknya aku!” keluh gedik Ain apabila menatap cermin di toilet awam itu. Fara yang mendengar, menoleh ke arahnya, melihatnya dari atas ke bawah. “Engkau tu nak kurus macam mana lagi, kalau kau tu dah kurus”, sindir Fara. Ain mencebik bibirnya. Dia sebenarnya hauskan perhatian orang. Baginya, frasa “aku gemuk” yang sering digunakan sebagai kaspyen dalam kalangan gadis-gadis lidi di Instagram sebagai satu cara untuk menarik perhatian, khususnya kecaman. Dia suka dikecam. Baginya, kecaman netizen sebagai satu cara dirinya diperhatikan. Dia inginkan semua menumpukan fokus ke arahnya.
            Dia mengeluarkan IphoneXnya, lalu melentik menunjukkan curvenya sambil mengitikkan mulutnya, membuat muka cute lalu snap, snap, snap beberapa keeping gambar. “Gemuknya aku!” katanya lagi. Fara tidak tahan. Dia melihat telefonnya, tepatnya, Instagram miliknya “@fara_you”. Menggeletis dia melihat gambar terbaru Ain dengan kapsyen #akugemuk. Dia bingkas menyimpan alat soleknya, lalu keluar daripada toilet tersebut.
            Keesokan harinya, warga UPSI digegarkan dengan penemuan seorang mahasiswi yang mati dalam keadaan yang amat mengerikan. Disampaikan dari mulut ke mulut, mahasiswi tersebut ialah Nur Ain Syakilla binti Fuad. Fara terduduk tidak terkata-kata. Baru kelmarin dia dan arwah gelak ketawa, menonton wayang bersama. Kini, Ain telah tiada. Pihak polis berusaha menyembunyikan kejadian tersebut, namun warga kampus, lebih-lebih lagi followers Ain di Instagram terkejut dengan penyebaran gambar mayat  di Instagramnya sendiri. Keadaannya begitu mengerikan. Berbogel. HANYA KULIT YANG MENUTUPI RANGKA AIN! Semua isi di dalam tubuh tersebut dikeluarkan sehabis-habisnya. Ain seperti beruang yang dijadikan karpet oleh manusia berhati kejam. Pembunuhannya begitu kejam. Yang menariknya, gambar tersebut disertakan dengan kapsyen #akudahkurus.
            Siapakah yang melakukan jenayah tersebut? Adakah media sosial kini boleh membunuh penggunanya? Adakah ia boleh dihentikan, tetapi bagaimana? Hanya penulis ini yang mengetahui pengakhiran cerita ini…



Hasel...

3 ulasan:

  1. ffx9-fx - videoodl.cc
    ffx9-fx. 3D FFX9 videos for the Sega Genesis. Play FFX9. Free (3D, 3D) youtube mp4 videos on Vimeo.

    BalasPadam

NOTA BM TINGKATAN 6 (PENGGAL 3) BAB 2: RETORIK

Bab 2 : Retorik Maksud Retorik : -           Seni penggunaan bahasa, sama ada dlm btk lisan @ tulisan utk menyampaikan maklumat ...