Jumaat, 21 Jun 2019

NOTA BM TINGKATAN 6 (PENGGAL 3) BAB 2: RETORIK


Bab 2 : Retorik
Maksud Retorik :
-          Seni penggunaan bahasa, sama ada dlm btk lisan @ tulisan utk menyampaikan maklumat


Jenis dan Ciri Retorik :
1)      Retorik pemerian
- pemerihalan sst scr objektif, tepat dan jelas
- 2 jenis : a) pemerian bersifat objektif @ faktual
                  b) pemerian bersifat imaginatif @ abstrak
- digunakan utk memerihalkan tempat @ ssorg
- ciri2 :
§  bahasa jelas + tersusun
§  tiada unsur penilaian, pandangan @ ulasan peribadi
§  gambaran yg realistik berdasarkan deria
§  bersifat deskriptif (huraian) dan informatif (pemberitahuan)
§  tdk memasukkan emosi

2)      Retorik pemujukan
- seni pemakaian bahasa yg digunakan utk mpengaruhi @ mdorong audiens utk melakukan tindakan spt yg disarankan oleh penulis @ penutur
- dua jenis : a) pemujukan rasional à logik + tepat
                     b) pemujukan tdk rasional à melibatkan emosi
- digunakan dlm iklan, kempen, rayuan
- ciri2 :
§  kata penguat
§  kehalusan berbahasa
§  tatabahasa <
§  ada jaminan dan ganjaran
§  guna psikologi utk mpengaruhi audiens spy mengubah pendirian, pandangan, kepercayaan
§  mbuat perbandingan kebaikan dgn keburukan
§  memainkan emosi penerima wacana

3)      Retorik penceritaan
- seni pemakaian bahasa utk memaparkan peristiwa mengikut turutan tertentu
- digunakan dlm cerpen, novel, autografi, kisah pengembaraan
- mengandungi 4 prinsip : a) kesatuan (tema)
                                                 b) pertautan (plot)
                                                 c) penekanan (penyusunan peristiwa)
                                                 d) gaya bahasa menarik
- ciri2 :
§  lisan @ tulisan
§  imaginatif dan kreatif
§  ada kohesi + koheren
§  tatabahasa <
§  gaya bahasa menarik dan indah

4)      Retorik pendedahan
- seni pemakaian bahasa yg mengandungi takrifan yg disertai dgn cth @ perbandingan
- digunakan dlm taklimat dan kertas kerja
- ciri2 :
§  lisan @ tulisan
§  jelas konsep @ istilah
§  hurai topik secara objektif
§  guna teknik pentakrifan dan analisis
§  huraian jelas dan maklumat berdasarkan fakta sebenar
§  memindahkan idea @ maklumat drpd ssorg kpd audiens dgn berkesan
§  mengandungi cth, takrifan
§  tdpt analisis, perbandingan, analogi, pengelompokan

5)      Retorik penghujahan
- seni pemakaian bahasa dlm penulisan @ ucapan yg mpyi usul dan gagasan yg disokong dgn hujah yg kuat
- utk mpengaruhi audiens
- digunakan dlm forum dan bahas
- ciri2 :
§  jelas dan berkesan
§  guna teknik deduksi, induksi, analogi
§  memerlukan khalayak bersetuju dan yakin akan pdpt yg dikemukakan
- 3 unsur penting dlm retorik penghujahan:
      i. kenyataan tesis – merujuk kpd pdpt/usul yg dibahaskan
     ii. premis – bukti jelas, tepat, berobjektif (dibuktikan dgn pdpt tokoh, statistik)
    iii. khalayak – penerima wacana perlu diyakinkan utk bersetuju

Teknik Penyampaian Idea – menyampaikan idea scr berkesan
1)      Teknik deduksi
- dimulai dgn penyataan umum dan diikuti oleh pernyataan khusus
- ayat topik di permulaan perenggan
- ayat sokongan hadir kemudian
- dikenali sbg perenggan pyramid terbalik

2)      Teknik induksi
- dimulai dgn suatu pernyataan khusus dan diakhiri dgn pernyataan umum
- ayat topik diletakkan di bahagian akhir perenggan

3)      Teknik eklektik
- gabungan antara teknik induksi dgn teknik deduksi
- mengemukakan isi penting dahulu, diikuti maklumat (huraian) dan diakhiri dgn kesimpulan

4)      Teknik analogi
- menggunakan gagasan utk membandingkan sst dgn suatu perkara lain yg mpyi perkaitan yg erat
- bandingan à mengukuhkan usul agar diyakini audiens

Ahad, 27 Januari 2019

Novel kejam pertama saya.


Prolog
Instagram merupakan tempat berkongsi gambar-gambar indah yang tertangkap oleh lensa kamera. Setiap sudut gambar yang diambil berbeza-beza mengikut perspektif setiap fotografer. Sudut yang tepat menghasilkan gambar yang padat dengan makna, yang mampu menarik minat. Namun, bagaimana jika gambar yang diambil dan dikongsi tidak disukai sesetengah orang?
            “Gemuknya aku!” keluh gedik Ain apabila menatap cermin di toilet awam itu. Fara yang mendengar, menoleh ke arahnya, melihatnya dari atas ke bawah. “Engkau tu nak kurus macam mana lagi, kalau kau tu dah kurus”, sindir Fara. Ain mencebik bibirnya. Dia sebenarnya hauskan perhatian orang. Baginya, frasa “aku gemuk” yang sering digunakan sebagai kaspyen dalam kalangan gadis-gadis lidi di Instagram sebagai satu cara untuk menarik perhatian, khususnya kecaman. Dia suka dikecam. Baginya, kecaman netizen sebagai satu cara dirinya diperhatikan. Dia inginkan semua menumpukan fokus ke arahnya.
            Dia mengeluarkan IphoneXnya, lalu melentik menunjukkan curvenya sambil mengitikkan mulutnya, membuat muka cute lalu snap, snap, snap beberapa keeping gambar. “Gemuknya aku!” katanya lagi. Fara tidak tahan. Dia melihat telefonnya, tepatnya, Instagram miliknya “@fara_you”. Menggeletis dia melihat gambar terbaru Ain dengan kapsyen #akugemuk. Dia bingkas menyimpan alat soleknya, lalu keluar daripada toilet tersebut.
            Keesokan harinya, warga UPSI digegarkan dengan penemuan seorang mahasiswi yang mati dalam keadaan yang amat mengerikan. Disampaikan dari mulut ke mulut, mahasiswi tersebut ialah Nur Ain Syakilla binti Fuad. Fara terduduk tidak terkata-kata. Baru kelmarin dia dan arwah gelak ketawa, menonton wayang bersama. Kini, Ain telah tiada. Pihak polis berusaha menyembunyikan kejadian tersebut, namun warga kampus, lebih-lebih lagi followers Ain di Instagram terkejut dengan penyebaran gambar mayat  di Instagramnya sendiri. Keadaannya begitu mengerikan. Berbogel. HANYA KULIT YANG MENUTUPI RANGKA AIN! Semua isi di dalam tubuh tersebut dikeluarkan sehabis-habisnya. Ain seperti beruang yang dijadikan karpet oleh manusia berhati kejam. Pembunuhannya begitu kejam. Yang menariknya, gambar tersebut disertakan dengan kapsyen #akudahkurus.
            Siapakah yang melakukan jenayah tersebut? Adakah media sosial kini boleh membunuh penggunanya? Adakah ia boleh dihentikan, tetapi bagaimana? Hanya penulis ini yang mengetahui pengakhiran cerita ini…



Hasel...

Selasa, 14 Mac 2017

NOTA GEOGRAFI STPM 2017

BAB 1: STRUKTUR, KANDUNGAN DAN TENAGA DALAM SISTEM SURIA
MAKSUD ATMOSFERA
·        Satu lapisan nipis tanpa bau, warna dan rasa yg berada di atas permukaan bumi disebabkan oleh tarikan daya graviti bumi
STRUKTUR ATMOSFERA
1)     Lapisan Troposfera
-         paling hampir dgn bumi
-         mengandungi gas oksigen, karbon dioksida, hidrokarbon, wap2 air
-         suhu + tekanan udara akan berkurang mengikut ketinggian (mengalami kadar tukaran adiabatik)
-         fenomena cuaca à ribut, petir, hujan, salji

2)     Lapisan Stratosfera / Ozonsfera
-         Tdk berawan, kering, > stabil
-         Suhu meningkat mengikut ketinggian sbb lapisan ozon menyerap bahangan m/h
-         Ssi utk kapal supersonik

3)     Lapisan Mesosfera
-         Udara amat nipis
-         Semakin tinggi, suhu jatuh
-         Memusnahkan meteor

4)     Lapisan Termosfera
-         Semakin tinggi, suhu meningkat à oksigen + nitrogen serap bahangan m/h

5)     Lapisan Ionsfera
-         Mpyi aurora à tindakan zarah2 bercas, gas2 atmosfera, magnet bumi

6)     Lapisan Eksosfera
-         Paling atas
-         Dbtk oleh gas + atom oksigen, hidrogen, helium

KEPENTINGAN SETIAP LAPISAN ATMOSFERA
                                i.            Troposfera
(1) membekalkan oksigen, karbon dioksida, air hujan 
(2) tempat fenomena cuaca 
(3) ruang kitaran hidrologi 
(4) penebat bahangan m/h + bm
                              ii.            Stratosfera à serap UV
                            iii.            Mesosfera à musnahkan meteor
                           iv.            Termosfera + Ionsfera à memantulkan gelombang radio - penting utk satelit telekomunikasi
                             v.            Eksosfera à perisai perlindungan drpd pelbagai jenis pancaran bahaya dr angkasa

KANDUNGAN / KOMPONEN ATMOSFERA
·        Komponen gas kekal à nitrogen, oksigen, gas argon
·        Komponen berubah à wap2 air, gas karbon dioksida, ozon, metana, nitrus oksida
·        Komponen juzuk bukan gas à habuk, debu, zarah higroskopik
TENAGA DI DALAM SISTEM ATMOSFERA : MATAHARI SEBAGAI SUMBER TENAGA
·        Tenaga m/h adalah hasil drpd pertukaran hidrogen kpd helium di dalam pusat m/h
·        Tenaga tdk boleh dicipta atau dimusnahkan
·        Ttp tenaga berubah btk : t/elektromagnet/bahangan à t/haba rasa (terkena pmkn air) à t/haba pendam (wap2 air naik ke atmosfera) à t/keupayaan (wap2 air bertukar kpd awan) à t/kinetik (a/b hujan turun)
·        4 btk tenaga :
-         Tenaga kinetik à terhasil a/b sst objek bergerak (pergerakan tiupan angin)
-         Tenaga keupayaan à tenaga potensi yg tersimpan dlm sst objek (titisan air dlm awan sebelum hujan turun)
-         Tenaga haba pendam à tenaga haba yg diserap dan disimpan di dlm sst objek (wap2 air yg naik ke atmosfera)
-         Tenaga haba pendam à tenaga yg dialirkan a/b terdapat perbezaan suhu (suhu tinggi à suhu rendah)
·        Pemindahan tenaga haba di dalam atmosfera
                                i.            Konduksi / pengaliran
-         Pemindahan haba dr st jasad yg panas ke jasad yg sejuk a/b kedua-duanya bersentuhan
-         Dipengaruhi 4 faktor: 1. masa (lama)                       2. perbezaan suhu                  (besar)                        3. luas keratan rentas (luas)                                4. panjang atau jarak (pendek)
                              ii.            Perolakan
-         Pemindahan haba disebabkan perubahan ketumpatan cecair dan gas yg berpunca drpd perubahan suhu
-         Gas/cecair dipanaskan à isi padu bertambah à ketumpatan < à naik ke atas à gas/cecair yg sejuk turun ke bawah
                            iii.            Sinaran / bahangan
-         Pemindahan haba dlm btk gelombang elektromagnet tanpa memerlukan medium
-         Haba dr m/h ke bumi
                           iv.            Alir lintang / angin
-         Pemindahan haba scr mendatar oleh pergerakan angin
-         Cth: angin selatan memindahkan udara panas di Khatulistiwa ke arah kutub di HU bg menghasilkan keseimbangan haba global
                             v.            Pemindahan haba pendam
-         Tenaga haba yg diserap oleh ais yg cair atau sejatan air di sst lokasi
-         Haba akan dibebaskan ke tempat lain a/b wap air terpeluwap





NOTA BM TINGKATAN 6 (PENGGAL 3) BAB 2: RETORIK

Bab 2 : Retorik Maksud Retorik : -           Seni penggunaan bahasa, sama ada dlm btk lisan @ tulisan utk menyampaikan maklumat ...