Isnin, 29 Ogos 2016

STPM Bahasa Melayu Penggal 3 - WACANA

Salam sejahtera kepada pembaca. Ini merupakan kali pertama saya menulis di Blogspot.com. Oleh itu, blog ini mungkin masih mengalami banyak kekurangan dari segi hiasan. Namun demikian, isi yang ingin saya sampaikan ini mungkin dapat membantu para pembaca sekalian.

Blog ini berkenaan dengan nota Bahasa Melayu Penggal 3 yang telah saya gunakan. Saya harap nota yang saya berikan dapat membantu pelajar Tingkatan 6 yang mengambil kertas Bahasa Melayu Penggal 3.

Bab 1 : Wacana


-          Maksud Wacana :

  •       Satu unit bahasa yg melebihi batas ayat dan mempunyai kesatuan fikiran yg utuh
  •       Perkembangan fikiran yg berturutan dan disusun dgn sempurna utk menghasilkan satu     pemikiran yg utuh
  •       Terdapat kesinambungan idea


Ciri2 Wacana :


  1) Kohesi (Tautan)
  •       Keserasian hubungan antara unsur linguistik dgn unsur linguistik yg lain dlm ssbuah wacana (hubungan kata, frasa, ayat)
  •          Kohesi nahuan (penanda rujukan, penggantian, ellipsis, penghubung)
  •        Kohesi leksikal (penanda pengulangan dan kolokasi)

       2) Koheren (Runtutan)

  •       Kesinambungan idea yg tdpt dlm ssbuah wacana

       3)      Mempunyai maklumat – baru, lama

       4)      Mempunyai tujuan

       5)      Penerimaan – audiens

       6)      Interteks – hubung kait antara wacana

       7)      Keadaan – berdasarkan konteks / situasi


5 Jenis Penanda Wacana

         1)      Penanda penghubung (5)

  •      Memperlihatkan kesinambungan idea antara satu ayat dgn ayat yg lain

a)      Penghubung tambahan

  • memberikan maklumat tambahan
  • cth : selain itu, di samping itu, sehubungan dgn itu

b)      Penghubung tentangan

  • menunjukkan pertentangan maklumat
  • cth: sebaliknya, walaupun demikian, akan tetapi

c)      Penghubung musabab

  • menjelaskan sebab berlakunya sesuatu
  • cth : oleh itu, oleh sebab itu, dengan demikian, maka, oleh hal yang demikian

d)     Penghubung tempoh

  • menyatakan masa @ siri berlakunya sst
  • cth : kemudian, selanjutnya, akhirnya, pada  waktu itu

e)      Penghubung kesimpulan

  • menunjukkan ringkasan @ rumusan
  • cth : ringkasnya, pendek kata, dgn perkataan lain, akhirnya

2)  Penanda rujukan

  •       hubungan antara kata dgn benda yg dirujuk
  •       kata rujukan - KGND (dia, mereka, beliau)
                                     - KGNT (tersebut, itu, ini)

Cth : Abu suka makan. Oleh sebab itu dia gemuk. (dia merujuk kepada Abu)


3)  Penanda penggantian

  •       penggantian suatu unsur dgn unsur yg lain dlm wacana
  •       terdiri drpd FN, FK, klausa

4)  Penanda leksikal / pengulangan

  •       pengulangan kata @ frasa
                a) pengulangan kata yg sama
                b) pengulangan kata yg sama makna
                c) pengulangan kata yg kehadirannya saling berkait (berkolokasi)


5)  Penanda ellipsis / pengguguran

  •       pengguguran kata, frasa dan klausa (sbb pendengar @ pembaca sudah tahu)


Keutuhan Wacana – ada kesinambungan idea (7)

      1)      Hubungan sebab + akibat
            ·         Abu sangat nakal. Dia selalu dihukum oleh cikgunya.

      2)      Hubungan sebab + hasil
            ·         Abu rajin belajar. Dia telah memperoleh sembilan A dalam SPM.

      3)      Hubungan sebab + tujuan 
            ·         Abu suka menyanyi. Dia ingin menjadi penyanyi yang terkenal.

      4)      Hubungan latar + kesimpulan
            ·         Abu kelihatan bersedih. Rupa-rupanya, kucingnya hilang.

      5)      Hubungan syarat + hasil
            ·         Kita perlu berusaha. Semoga usaha kita membuahkan hasil.

      6)      Hubungan perbandingan
            ·         Suara Ali merdu. Suara Abu lagi merdu.

      7)      Kesinambungan aditif – memberi maklumat tambahan
             ·         Abu menangkap seekor rama-rama. Rama-rama itu berwarna-warni. (memberi maklumat                     tambahan terhadap subjek 'rama-rama', iaitu berwarna-warni)


Semoga nota ini bermanfaat. Jika mendapat sambutan, saya akan menulis nota untuk bab-bab yang lain. Respons daripada anda amatlah diperlukan. Sekiranya ada soalan (misalnya ingin meminta contoh ayat dll), silalah tanya dalam ruang komen di bawah.

3 ulasan:

NOTA BM TINGKATAN 6 (PENGGAL 3) BAB 2: RETORIK

Bab 2 : Retorik Maksud Retorik : -           Seni penggunaan bahasa, sama ada dlm btk lisan @ tulisan utk menyampaikan maklumat ...